"Soal Pakaian" -Muslimah




Assalamualaikum dan selamat menyambut hari merdeka dan selamat ber-im4u (luls tetiba). 

"Hello, siapa kau nak judge aku? Biar tuhan yang balas semua salah yang aku dah buat" "Rileks lah, kita ni still muda. Enjoy lah dulu" 
Seolah-olah seorang daie tak layak nak menegur salah silap seorang insan bernama hamba. Hamba dunia mungkin. Hamba duit mungkin. Atau hamba kepada diri sendiri. Kalau diimbas semula, setiap insan yang mempunyai 'name-tag' muslim pada hatinya tak perlu tunggu, tak perlu tangguh untuk memikul tugas sebagai daie. Jadi tak salah untuk kita sebagai umat Islam tu sendiri untuk menegur saudara muslim yang lain baik dari segi pemakaian, akhlak atau lain-lain. 

Ada yang kata, "Kau bukan ustazah nak ceramah pada aku" Ya, kita bukan ustazah. Tapi kita punya tugas untuk berdakwah pimpin mereka yang sesat pada jalan yang betul. Cuma satu. Satu yang kita kena ingat. Bukan tugas kita yang bagi hidayah pada orang lain. Tugas kita cukup untuk pimpin seseorang ke arah cahaya bernama hidayah tu. Well, saya bukan orang yang pandai ber-puitis,- ber-bahasa (sedangkan gred subjek bahasa melayu saya masa pmr pun cuma B) malah tidak punya ilmu agama yang cukup dalam sedalam kawah gunung berapi. 
Sekadar cukup-cukup dicedok untuk diri sendiri. 

Lagi 1hari, nak daftar masuk ke universiti untuk program ijazah sarjana muda. Sebelum ni pun belum berpengalaman menuntut dimana-mana ipta. Cukup sekadar matrikulasi yang mana semua muslimah diwajibkan pakai baju kurung. So, dekat situ memang tak jadi isu dari segi pemakaian walaupun ada kala yang pakai baju-kurung-slash-pembalut-nangka. Bila hari Jumaat kebanyakan berpusu-pusu pakai jubah. Alhamdulillah, niat mereka baik. Menghormati hari jumaat mungkin walaupun berjubah cuma kerana 'hari ni hari jumaat'. Tapi sayang, jubah dipakai yang ketat dilengan sampai pergelangan tangan cuma merosakkan nama 'jubah' yang menjadi imej pakaian muslimah. Kadang-kadang ada yang pakai jubah jenis lycra. Nampak tubuh badan allahu sampai kawan perempuan naik malu nak pandang. Belum kira yang pakai peplum singkat lagi ketat. 

Mana pergi syarat-syarat pakaian yang menutup aurat macam yang kita belajar masa spm dulu? Yang katanya tidak boleh ketat, menampakkan tubuh badan, jarang dan sebagainya. Belajar semua tu cuma untuk dicoret atas kertas kajang majlis peperiksaan malaysia je atau macam mana? Cukuplah sampai sini. Sama-sama kita renung diri sendiri. Maaf jika ada yang terasa. Apa yang saya cakap memang realiti. Jadi, saya dah decide insha Allah sepanjang tempoh pengajian saya cuma memakai baju kurung ke kelas memandangkan course yang saya ambil tak memperuntukkan masuk ke bengkel dan sebagainya untuk tidak membolehkan saya pakai baju kurung. Baju kurung lebih senang. Kira play safe. Mungkin, orang tak label terlalu alim, tidak juga dilabel terlalu tidak sopan. Cuma lebih kepada oldskool. Ha gitu. 
Adios! 

p/s "pakai sopan awak nampak cantik sangat"

0 comments: