Satu, Dua, Mula!



Hello-vi-eeeee. Another 2days. 
Hidup-makan-tidur-bangun-lambat akan melabuhkan tirai. Bermula kehidupan sebagai seorang student universiti yang entah-tak-pandai-nak-describe. Benda pertama yang nak kena hadapi mestilah orientasi. Masuk mana-mana tempat baru pun semuanya kena orientasi unless kalau mula-mula masuk darjah satu dulu. Dan benda yang paling famous bila orientasi mestilah ice-braking. 

"Nama saya bla bla bla. Saya berasal dari bla bla dan sebelum ni saya belajar dekat bla bla" Tapi alhamdulillah la dapat uni yang tak jauh sangat daripada kampung halaman jadi masalah homesick tu kurang sikit. Cuma kesian pada kawan yang dapat jauh-jauh. Dekat Perlis sana, dekat Sabah sana. Tapi takpa, tu la yang dikatakan jihad untuk menuntut ilmu yedak. 

Rasanya life dekat uni nanti takdela compact macam dekat matrik dulu. Mengikut kata orang yang sudah makan garam lebih la. Akhir kata, doakan kebahagiaan saya sepanjang bergelar pelajar universiti teknologi malaysia nanti! Semoga dipermudahkan urusan dan terang hati untuk menuntut ilmu ameen. 

0 comments: