Assalamualaikum and hi lovely. 
Salam merdeka-raya ha gitu katanya. Setakat ni belum ada apa yang menarik untuk dishare kat sini. Bacalah secebis entri hodoh yang tak berharga ni dengan menggunakan sedikit masa kualiti anda. Hello facebook, apa khabar? Hello tuider, apa khabar? Masih dihujani banyak isu? Seperti isu filem KL Gangster II yang leak tu. 

Ok cukup, matlamat entri cuma satu. Untuk menyoal pengguna laman sosial sejauh mana mereka berpusu-pusu menaip menggunakan stail yang baru dalam bentuk sajak. 

"Contohnya 
macam ni. 
Kalau awak 
paham apa 
yang saya maksudkan" 

Bukan apa, setakat yang saya perhati pusing-pusing sekeliling laman sosial, semua orang nak jadi penyipta-sajak (maaf broken tatabahasa) macam serigalajadian dan puisi iblis yang cukup bagus dalam menyusun kata puitis contohnya. Hakikatnya berapa ramai yang hayati maksud sajak yang cuba disampaikan. Berapa ramai yang ambil pengajaran daripada setiap teguran sinis yang disampaikan untuk kebaikan diri sendiri?
Kalau semua nak menulis, siapa pula yang nak membaca? Kalau semua bercakap, siapa pula yang nak mendengar? 
nota kaki: gambar entri tidak ada kena mengena. Cuma berkongsi.

0 comments: