In Reply To Her Comment (Tentang Matrikulasi)



Assamualaikum awak ;) Hi, saya baru balik kelas. Balik kelas terus online, tu matlamat saya setiap hari. Hari ni hari Jumaat dan hari Selasa haritu pelajar-pelajar Matrikulasi dapat result untuk final exam semester satu. Dan, alhamdulillah Allah masih pinjamkan kejayaan tu, walaupun tidak 4.0, tapi hampir-hampir :') Ramai kawan saya dapat 4flat. Frankly speaking, siapa yang tak jealous kan. Tapi takpa, tu rezeki dia. Math telah menyebabkan pointer saya jadi spoil hihihi. Chaiyok untuk semester dua!

Ok tujuan entry ni untuk reply komen sebenarnya. Bukan apa, kalau cerita kat sini lagi mudah dengan panjang lebarnya. Lagipun, saya memang kuat membebel dan banyak bercakap lol. Berbalik pada komen tu, adatlah dik. Kalau nak kerja depend pulak pada parents, bagi ke tak. So, kalau depa tak bagi apa lagi goyang kaki kat rumah jela. Makan tido makan tido. Dan satu nasihat saya, manfaatkan masa sepenuhnya bila dapat goyang kaki macam tu sebab bila dah mula sambung belajar nanti, memang takkan rasa dah feel goyang kaki tu. 

Life saya kat matrik? Hihihi sometime it was just interesting, but sometime hmmmmmmmmm. Paham-paham la. Kata orang, kalau masuk matrik ni memang nak kena struggle. Especially bila masuk semester dua. Sebab silibus dia makin susah. Nak compare dengan semester satu yang hanya belajar topik macam kat sekolah dulu je. Matrikulasi ni ada dua program kalau ambik sains, program satu tahun yang cuma ada dua semester (PST) dan program dua tahun (PDT) yang ada empat semester. Kalau akaun tu, cuma ada program setahun je. PDT ni lagi ok kot dari PST sebab setiap satu semester diorang cuma belajar separuh dari topik satu semester satu. Kalau saya sekarang ni, dalam PST so insya Allah awal bulan lima tahun depan dah habis. Kalau ada rezeki, sambunglah ke degree pulak.

Matrik ni sebenarnya saya rasa sama je macam dekat sekolah, cuma bezanya tak perlu pakai baju sekolah dan boleh pakai phone! Peraturan dia agak ketat. Matrik tak macam dekat U. Nak keluar suka hati mana boleh dan tak setiap minggu pun boleh outing. Pasal pakaian kat sini, Muslimah memang kena pakai baju kurung dan non-Muslimah boleh pakai baju kemaja dan seluar slack asalkan formal dan sopan. Ok la tu kan.

Sekarang, cakap pasal jadual. Kalau weekdays, macam biasa kelas dari pukul 8 sampai pukul 5 petang, depend pada jadual. Cuma kalau ada lecturer yang nak buat extra lecture, sampai pukul 6 lebih pun ada. Memang hectic gila duduk sini. Maklumlah, topik untuk satu semester iaitu lebih kurang lima bulan sama dengan topik untuk belajar satu tahun dekat sekolah. Ergh, mana tak lembik otaknya hahahaha. Biasa dari pukul enam petang tu, students boleh buat aktiviti sendiri. Nak riadah ke. Malam pulak, kalau rasa nak pergi surau, bolehlah. Free masa tu. Tapi kalau ada extra lecture lagi, haaaaaaaaa meranalah anda. Tapi takpa, kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian yedak. Pastu kelas malam biasa habis pukul 10 lebih. Malam tu nak tak nak selalunya memang kena stay up kadang-kadang boleh mencecah pukul empat pagi buat tutorial, extra exercise, past year question, lab report, lagi satu untuk quiz yang selalunya ada setiap minggu dan banyak lah lagi. Setiap semester ada dua 'periksa besar' iaitu Ujian Pertengahan Semester and Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. 

Tu je kot yang saya boleh share, tak banyak. So, lepas ni terpulang pada awak untuk buat decision nak sambung study kat mana. Matrikulasi sebenarnya seronok tau ;) 

The end.

1 comments:

Aisy said...

waa,,, akak, thanks k. akak memang best. susah2 pula kan.. by the way, matrix macam best..... aisya pun masih bingung,masih lagi survey nak sambung kat mane. kak, terima kasih sesangat. =)