Memburu A dalam SPM



Assalamualaikum heyyyloooooo evelibadi ;)

I'm here to talk about SPM. SPM stand for Sijil. Pelajaran. Malaysia. Ya, saya pernah jadi calon SPM. Stand for Saya Pelajar Malas. Lol, kidding. Saya adalah calon SPM batch 2011. Dan jujur saya katakan, mungkin waktu tu saya tak layak digelar sebagai calon SPM. Langsung takde preparation, langsung takde sense nak periksa tu. Waktu tu, saya memang takde kesedaran. Sampailah sekarang, saya rasa menyesal yang teramatsssss sangatsss dengan apa yang saya dah buat.  Frankly, saya memang langsung tak study untuk subject Physic dan Biology *krik-krik (cari padah kena marah kalau family saya tahu). Maklumlah, duduk hostel buat apa pun family memang tak tahu. Malam sebelum periksa untuk dua-dua subject tu, saya tido. Tido dan tido sampai esok pagi, bila bangun dah masuk Subuh pun. Waktu tu, kalau nak study pun memang tak masuk apa. Tapi time tu, saya guna konsep 'redha'. Hambek kau nak redha sangat sampai la result keluar. 21 Mac 2012, tarikh result SPM 2011 diumumkan. 

Finally, saya terima balasan dengan apa yang saya dah buat. Baru saya sedar, konsep 'redha' yang saya buat tu tak boleh diguna pakai. Redha tapi tanpa usaha, apa maksudnya? Hmmmm, tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan saya. Dia tetapkan pinjamkan kejayaan walaupun tak seberapa, tapi saya bersyukur sangat dengan apa yang Dia beri sebab tak setimpal dengan usaha saya yang sekangkang kera tu eh? Saya dapat 6A2B2C *krik-krik malu nak cakap .__. 

Result orang lain semua gempak-gempak memang jealous lah. Mula-mula, memang terkejut lah kan sebab Biology yang saya memang tak study langsung tu boleh dapat B. Mungkin kalau saya study, A tu ada sinar la untuk saya dapatkan hihihi ;P Bila keputusan UPU keluar, saya tak dapat tawaran pergi mana-mana pun. Saya ulang, saya sangat jealous bila orang lain dapat tapi saya tak dapat. Ni akibatnya bila jadi budak malas. Saya cuma ditawarkan ke Program Matrikulasi. Takpe, mungkin kat situ saya boleh tebus balik apa yang saya dah buat dulu, Sampailah sekarang, saya bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Satu lagi, saya sangatlah jealous dengan kakak-kakak saya yang study dekat oversea. Tengok, saya jealous lagi. Saya ni memang kaki jealous ok. Tapi, saya pun nak jugak pergi sana, nak nak :'( 

Lagi satu, jangan ingat bila dulu masa PMR dapat result good-good, masa SPM pun boleh dapat macam tu kalau takda usaha. Dulu masa UPSR, I got 5A dan masa PMR i got 8A1B. Tadaaaa, tapi masa PMR saya dapat BAHASA MELAYOUUUU B. So, payah nak apply mana-mana. BM kan subjek teras, kalau B memang menjarakkan lagi la peluang untuk ditawarkan ke sekolah asrama penuh blaa blaaa blaaa. Jadi, kesimpulannya kat sini, adik-adik yang nak ambil SPM tu, pleaseee maximizekan usaha anda. Cuba selagi boleh, usaha selagi mampu, hidup untuk hidup lol. Dah jadi lumrah education di negara Malaysia ni iaitu examination oriented. Gred A diutamakan, praktikal dicampak kedalam longkangkan huh? Kalau tak dapat A sebakul, jangan ingat senang-senang nak dapat IPTA unless y'all sambung dekat private u college etc. Ok, kat sini banyak pengajaran yang boleh korang-korang, ye korang-korang iaitu adik-adik yang tengah ambil exam sekarang ni dan bakal ambil exam pada masa akan datang. 

DON'T study last minute. 
DON'T pendam-pendam bila y'all tak paham sesuatu tu, tanya cikgu kalau tak apa guna cikgu ada tengah duduk atas kerusi empuk dekat bilik guru tu. 
DO doa Allah Maha Pengasih, Dia akan tolong hamba-Nya yang berusaha dan bersungguh-sungguh.
DO mintak maaf kat semua orang sebelum exam kalau ada salah silap.
DO usaha! Usaha! Usaha la woi. Kalau tak, terima padahnya macam orang yang menaip ni. 
Sekian, babai 


2 comments:

Eyma Samsudyn said...

Seriously agree with this entry. Memang kena usaha kalau nak berjaya. Menyesal sekarang tak ada guna mcm me too. hehe :)

momoNERD said...

@Eyma Samsudyn Betul :')