Bercakap tentang MUET



Assalamualaikum everyone. Salam Jumaat ;] Dan harini 9haribulan November 2012, result bagi pelajar asasi, diploma dan pra-diploma UiTM keluar kan? Tahniah bagi korang2 yang dapat result best. 4RATA. Ya, tu matlamat mereka begitu juga dengan kami pelajar Matrikulasi yang bakal menerima result final exam kami insyaallah bulan Januari nanti beserta dengan result MUET yang berdiri untuk Malaysian University English Test, eh? Hmmm, apa pun saya sangatlah berdebar, degup jantung ni ibarat kuda yang berlari ditepi pantai lol tak sabit mula mengarut maaf kerana esok adalah hari ujian Writing, Listening dan Reading bagi Muet. For sure, untuk listening test kita sebagai candidate perlulah mengorek telinga ya adik-adik bagi mengelakkan sound trouble setelah beberapa minggu lepas saya mengarut bila menjalani Speaking test. Ahh, sudah jangan mengarut lagi ye Fiza  

Hari ni jom kita cerita pasal Muet. Seperti yang ramai dah ketahui, Muet ni terdiri daripada Band1-Band6. Maaf, jangan keliru ye adik-adik . Ini band bukan macam Hujan, Meet Uncle Hussein semua tu dan yang paling penting tak macam One Direction. Band ni merupakan satu aras penguasaan seseorang calon dalam Berbahasa Inggeris. Cikgu saya cakap, dalam Malaysia ni tak ramai yang dapat Band6. So, kalau korang berjaya dapatkan band6 tu teramatlah hebat. Muet ni biasanya diambil oleh pelajar IPTA (IPTS ntah saya tak tahu la pulak), Matrikulasi dan Tingkatan Enam. Kalau budak-budak yang ambil a-level selalunya diorang ambil IELTS (INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM)


Untuk dapatkan contoh esei yang baik bagi ujian Writing Muet ni, kita boleh jugak lah cari dekat Internet. Guna Abang Google k. Kita tulis je contoh esei untuk Muet sekali dengan band berapa pun lebih ok kot. Untuk kita dapatkan gambaran macam mana nak buat esei. Ok sampai sini je berleter hari ni. Penat~ For those yang akan menghadapi Muet esok macam saya, Best of Luck k 


0 comments: