Ayuh Kita Berubah Untuk Diri Kita ;)


Assalamualaikum and hey guys ;) After Spm nie , Fieza boring giloss. Setakat nie , Fieza memang stay kat rumah je. Teringin nak kerja. Tapi , bila dah nak kerja tu , macam-macam masalah pulak. Okay guys , tahun baru dah nak dekatkan ? So , apa kata kalau kita tanam azam untuk berubah *ceewah ayat.

Fieza tertarik dengan status sorang akak nie dekat Fb. Act , bukan kaum hawa je kan. Kaum Adam juga kadang-kadang susah untuk berubah. Fieza teringin nak berubah jadi yang lebih baik. Tapi , nak berubah tu mestilah dengan bersungguh-sungguh kan. In Islam , we called it Taubat Nasuha :) Yeah , maybe tak senang untuk kita betul-betul bertaubat. Tapi kalau niat kita dan cara kita untuk berubah tu adalah betul , Insyaallah kita boleh ;) Mungkin dengan cara bawah lebih senang untuk mengubah diri kita. Let see.
  • Berazam untuk berubah adalah cara yang paling penting. Yeah , sebab niat kita tu yang penting. Macam dalam solat jugak , niat yang didahulukan :'>
  • Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Supaya kita akan yakin dengan diri kita sendiri dan orang lain jugak akan yakin dengan diri kita :)
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Okay , jangan tangguh-tangguh. Nanti semakin melarat dan susah untuk diubah.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sometimes , kita perlu memaksa diri kita untuk berubah. Supaya diri kita tak berasa dimanjakan (Y)
  • Apabila kita telah berjaya melakukan perubahan dalam diri kita maka kita perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri kita. Kalau dibiarkan macam tu je , perubahan tu mungkin hanya sekejap je. Dan kita mungkin buat perangai lama balik kan. So , jangan sia-siakan perubahan yang telah kita lakukan :)

Itu saja yang Fieza boleh share dengan korang. Semoga bermanfaat untuk korang k. Ingat , kawal nafsu kita dan jangan biarkan nafsu mengawal diri kita.



0 comments: