Gara-gara Facebook



Assalamualaikum and hai everyone :)

Okay , sekarang memang dah jadi trend social networking blaaa blaa blaa macam Twitter , Blogger and especially Facebook. Sampai menimbulkan macam-macam isu. Tengok dulu kes Adinda Milano Evans bagai , lepas tu Budak gigi rabit tu. Nie semua jadi kat blog lah kan. Facebook pulak , dah jadi tempat perli-memerli orang pulak kan. Muehehe.
Kadang-kadang , kita pun tak sedarkan kita judge orang sedangkan kita pun buat benda yang kita dok cakap kat orang lain tu. Muehehe. Biasalah , setiap manusia pernah melakukan kesilapan kan. Weeewit. Okay , masuk ke dalam tajuk post nie. Dah jadi tabiat orang kan , buat status Fb "402 friends online , tapi haram sekokkk pun tak tegur. Sombong belaka". Pastu 156 people like this kat status dia. Yang nie yang korang nak kan ? Adik abang kakak sekalian , kalau rasa orang lain sombong , apa salahnya kalau kita yang tegur orang lain dulu. Sesungguhnya , yang terbaik antara kita adalah yang memulakan salam. That's mean , siapa yang tegur dulu , dialah yang terbaik. Muehehe. Haaaa , korang taknak ke jadi yang terbaik ? Nak kan nak kan ? Hehe. Last week , time Fieza online ada sorang girl nie. Kat bawah nie status yang dia tulis masa dia online dan Fieza jugak online time tu.


7 people like this. 111 people lagi mesti unlike kan ?
Muehehe. Fieza like je. Bukan sebab suka , sebab tak suka. Kalau ada button unlike , maybe la Fieza tak tekan button like :)Agak terkejut la sampai dia sanggup tulis macam tu. Ouh , kiranya selama nie dia add anjing jela kat Fb tu ? "Alahai , tak manis la kak. KIta nie perempuan. Jaga sikit bahasa awak. Lagipun , awak tu kecik lagi. Adik-adik. Hormat la orang atas." Then , tak lama lepas tu Fieza pun tulis status macam nie kat Fb.

Weeweh , boleh pulak dia terus hantar chat dan attack kat Fb Fieza. Cuak jugak la , tapi buat-buat berani. Hihi. Niat Fieza tulis status tu takdela nak perli ke apa , just nak tegur kesilapan dia and harap dia sedar. Lagipun , Fieza karang ayat elok-elok takde marah-marahh kan. Nie pulak , serang Fieza tanpa mintak maaf apa-apa. Siap boleh cakap godai. Awak kot yang perlu godai. And , dia cakap tak payah ngade-ngade kecohkan hal nie dekat twitter ke blog ke. Eh , pandai pulak , takot malu ye adik. Takdela , akak tak bagitau orang. Kita dua je tau D: Yeah , mungkin orang lain yang kat dalam friendlist dia tak kesah kot kalau dia cakap macam tu , tapi Fieza kesah. Hehe , kita kan dijadikan sebagai manusia. Bukan anjing ye adik-adik. Muehehe.


10 comments:

norhafizahalias said...

sedih jugak laa bila girls yg dimaksudkan dlm entry ni keluarkan kata-kata mcm tu...

kita ni manusia.. Allah daa cipta kita ngn sebaek-baek keadaan dh.. x logik laa kita yg punya akal ni sampai sanggup nak bandingkan kawan2 xpecially kwn2 yg Islam tu dgn haiwan.. anjing pulak tu.. mana gunanya akal yang Allah kurniakan.. hoho.. sedangkan, ngan org kafir pun, Allah suruh kita bercakap dgn bahasa yang lembut lg sopan, ni kan pulak dgn saudara seIslam kita..

hoho.. sedih sgt.. :(

momoNERD said...

@norhafizahalias Nak buat macam mana kan ? Cakap main ikot sedap mulot je. Mungkin dia belum sedar kot. Harap2 dia berubah and terima teguran orang lain :)

starzieti said...

comelnye spongebob tuh. :)

teruknye girl tuh punye status. arap2 die berubah satu hari nt n sedar die punye status tuh boleh mdatangkan pergadohan. Amin. ;)

Nur Aischa said...

btul tu, ishh. tak baik kan,walau marah mcm mana skali pun kena watcool jugak. hee

momoNERD said...

@starzieti Hihi , spongebob tu search dkt tumblr je :)

Amin :>

momoNERD said...

@Nur Aischa Setiap orang lain-2 perangai. Biasa la tu :)

myra azraff said...

haish..hape punya status la..bole timbulkan kemarahan betul..herr..
kalau den,buat status cam awak tu lagik pedass...<---over pulak.:D

momoNERD said...

@myra azraff Hihi , kena sabar sikit untuk tangani orang macam nie :)

Hafiz Al-Pazin said...

u take a very wise step lah momo. 2thumbsup.

momoNERD said...

@Hafiz Al-Pazin Ouh , thanks :')