Final Year Project




Aku suka sebenarnya dengan quote dalam gambar kat atas tu. Macam sesuai dengan situasi aku sekarang ni. Oh by the way, aku sekarang belajar di Universiti Teknologi Malaysia undergraduate student dalam kos Biosciences. Mesti pelik kan sebab UTM ada kos Bio-related. Selalunya dengar pasal engineering je. Sebenarnya aku tak expect pun untuk belajar kat sini. Tapi memandangkan aku minat kos berkaitan Biology, jadi Biosciences di UTM ni termasuk dalam senarai pilihan aku. Dan alhamdulillah diterima masuk ke sini hehe.

Bermula semester ni, aku dah masuk dalam tahun akhir untuk degree. Tak sangka! Rasa macam baru sangat lagi habis SPM. Memandangkan dah tahun akhir untuk degree, mestilah kena hadapi Final Year Project kan. FYP. FYP aku lebih fokus pada fermentation. Nak tahu apa tu fermentation? Cuba google dulu. Tajuk ni pasal penghasilan enzim daripada sisa makanan. Tak tahu kenapa tapi aku rasa tajuk tu menarik dan tak terfikir pun untuk buat sebelum ni. Insha Allah kalau projek ni berjaya boleh la selesaikan isu lambakan sisa makanan kat Malaysia ni huhu. Selasa lepas 11 Oktober dah present proposal dan dah defend pun proposal aku. Alhamdulillah rasanya pass. Tolong doakan Final Year Project aku ni berjaya dengan jayanya ameen ;)




0 comments: