Tips Belajar Kat Universiti...Konon



Assalamualaikum.

So hari ni nak cakap pasal tips belajar kat universiti la...konon. Sebab apa konon? Sebab aku rasa macam aku tak layak nak berbahas pasal tips belajar. Kat universiti ni bukan nak sembang apa, tapi pada aku lagi ringan daripada zaman sekolah dulu. Time sekolah kelas direct je daripada pagi sampai tengahari kadang-kadang sampai petang. 5 hari seminggu pulak tu. Kalau nak compare dengan zaman universiti, totally different la kata orang putih.

Dekat uni, kelas banyak gap. Kalau kat sekolah takde gap-gap ni beb melainkan kalau cikgu ada meeting. Kadang-kadang kelas 4 hari je seminggu. Cuma yang susahnya kat uni ni kau kena pandai bahagi masa. Kalau tak pandai bahagi masa memang kelaut la jawabnya. Tak kira la kau ni jenis yang memang minat gila babeng join aktiviti atau jenis yang suka memerap je kat bilik. Kalau kau memerap kat bilik pun aku boleh guarantee yang engkau memang susah nak study instead tengok cerita korea ke pebenda (yas mujur aku tak layan drama korea). Kalau aku pulak, aku sibuk join aktiviti. Tak kisah la kau nak join seploh aktiviti seminggu pun, yang penting assignment kerja berkaitan pelajaran disiapkan dulu. Kalau kau tangguh, haa risau tak siap-siap je.

Kalau kau pulak jenis malas nak buat revision, better kau fokus betul-betul dalam kelas. Sebab ada je jenis orang yang excellent dengan hanya fokus dalam kelas. PAY ATTENTION! Tu yang penting. Jadi nanti boleh revise sikit-sikit jela time luar kelas. Sebab kat uni, apa yang masuk periksa bukannya based on kementerian macam SPM and so on tu. Soalan yang keluar bergantung pada lecturer jugak. So ada advantage la kalau kau fokus dalam kelas kadang-kadang lecturer akan bagi tips yang akan keluar exam huhu (ni belum masuk part bodek lecturer untuk mintak tips periksa eh). 

Malam jangan tidur lewat sangat. Sebab apa? Sebab bila kau tidur lewat selalunya kau akan bangun lewat maka kalau kelas kau pukul 8, probably kau akan terlewat ke kelas. Dah la lewat pergi kelas, subuh pun tertinggai. Munafik betoi. Cakap pasal solat, jangan tinggal solat. Kita jaga hubungan dengan Allah, insha Allah nanti Dia bantu kita. 

Setiap kali nak exam call la parents kau. Kalau macam aku ni rasa awkward gak nak call setiap kali sebelum start paper. Makanya aku pun ambik jalan mudah dengan sms je mak aku (mak aku tak guna whatsapp okay). Ayat tak yah skema sangat.

"Assalam. Mak, pagi ni akak ada paper biochem tau. Doakan akak boleh jawab huhu"

Mudah kan? Selalu macam tu jela ayat mesej aku. Tak reti aih nak buat skema sangat. Nanti aku sendiri pun rasa awkward. Pastu dah last sekali, dah habih kau usaha kau doa la kat Allah. Serah pada dia. Jangan kau doa je, tapi tak usaha. Okbye.

0 comments: