Selamat Lagi Tiga Hari Nak Raya



Heyya fellas. Assalamualaikum dan salam 27 Ramadhon 2013. Maaf, aku tak ingat tahun hijriah maka lebih senang untuk ditaip dalam versi masihi. Tak begitu? Kelihatan jahil bukan? Luls. Tak mengapa. Apa yang aku nak cakap dalam entri ni cukup mudah. "SELAMAT HARI RAYA". Aku minta maaf kekalau sepanjang aku menaip disini, mungkin ada mencalar perasaan sesiapa walaupun aku cukup tahu tak ada sesiapa yang peduli tentang blog lusuh ni. 

Soalan pertama, masih ada lagi ke manusia yang tegar meng-update blog mereka dari hari ke hari? Masih ada lagi pembaca blog yang tegar seperti dulu-dulu yang suka ber-blogwalking? Ah manusia zaman skrin sentuh, mana mahu jengah ke blog. Masa yang terluang lebih senang diisi dengan melayari bahtera insta-kilogram berbanding menaip diblog untuk bertukar pendapat mengenai banyak isu. Begitu juga saya, lebih mudah untuk ditemui di tumblr milik diri ini berbanding ingin berpenat lelah menaip di blog dengan entri yang tidak berkualiti. Tidak seperti Khadyjah Fhatyah, Anna Khayalan, Cik Epal, Dena Bahrin dan yang lain-lain. 

Dah hampir 2 tahun tak edit stuffs dalam blog ni. Salah satu sebab aku jadi givap nak menaip kerana banyak gambar macam header dengan image dalam post sebelum ni broken. Tak tahu apa punca, mungkin masalah dengan url-nya jadi aku dah malas nak fix benda yang tak seberapa tu. Maka, aku masih biarkan gambar aku yang inesen sebelum spm dulu kekal di penjuru kanan blog aku. Dan yang paling penting, blog ni masih kekal dengan sifat pinky-nya. Harap maklum.

Disini saya kepilkan sekali link tumblr saya http://f-haleeem.tumblr.com/ ceh. Boleh lah cuba-cuba untuk buka link tersebut jika ingin mengotorkan pandangan anda dengan gambar-gambar yang kurang menarik. Cukuplah setakat ini rasanya menaip entri tidak berkualiti di blog ni. 

Tiga kata, i love you, eh silap. Tiga kata, salam satu malaysia.

0 comments: