#SejakMasukAsrama




Assalamualaikum and hell-oooooooo-veeeeee-eeeee ;)
Hari ni nak cerita hashtag pasal tajuk macam kat atas tu. It's all about #SejakMasukAsrama. Bersempena dengan cuti sekolah yang dah nak habis dah ni kan wkwk. Saya berpengalaman duduk diasrama selama 5tahun. Campur setahun di matrikulasi. Tapi saya rasa dunia asrama yang paling awesome adalah masa saya sekolah dulu. Saya sekolah dekat SMK Muadzam Shah. Pernah dengaq?! Haaaaa, kalau tak pernah tanya kat mummy you'ols. Mana tahu dia tau ke kan. Selama duduk dekat asrama, ok la. Banyak benda yang jadi. Sebab tu nak share dekat sini. Mana tahu kot ada yang berpengalaman sama dengan saya ke kan. Ok taknak bebel dah. Sekarang masuk ke isi pertama kita.


  • #SejakMasukAsrama Baru saya tahu bagaimana kejamnya warden treat penghuni asrama. Lagi teruk dari kuda kurap. Harap mereka sedar.
  • #SejakMasukAsrama kami penghuni asrama sorok handset dimerata tempat. Tak kira dalam flush jamban, dalam buku yang telah ditebuk, dan macam-macam.
  • #SejakMasukAsrama Masa spotcheck siapa tak turun prep, saya dengan budak lain yang tak pergi prep atau ponteng sekolah pastinya berlari menyorok dalam loker. Badan sorang-sorang keciknya macam cicit gajah memasing. Sekali reput daa kayu loker tu. Bedebuk la jatuh. Tsk tsk memang sakit gilak.
  • #SejakMasukAsrama Masa fly pergi keluar bandar semata-mata nak pergi cc (cyber cafe ok), pernah hampir terkantoi dengan warden. Lepas tu, pergi lari dalam kedai baju nyorok kat situ.
  • #SejakMasukAsrama Aku dengan beberapa orang lagi pernah kena kepung dengan guard bersama warden masa ponteng sekolah. Masa tu lepak dekat bilik je. Tak tahu macam mana cikgu tahu ada budak ponteng. Ah, ini pasti kerja barua itu. Lalu, menyelinap ikut belakang asrama.
  • #SejakMasukAsrama sekali warden nampak hang budak perempuan keluar bilik tak pakai tudung, even tutup kepala guna tuala dia pasti akan memecut seratus meter naik ke tingkat atas mengejar budak tu sampai ke liang lahad dan budak tu kena tengking. Padan muka. Hahahahaha aku tabik sama cikgu tu.
  • #SejakMasukAsrama Mula-mula time form1, saya bawak jam longceng (loghat adik saya bila sebut loceng). Saya dapat katil tingkat atas. Alah! Biasalah katil double decker goyang ke kiri goyang ke kanan. Malam first ai takut gila nak tido. Mak saya suruh masukkan jam loceng tu dalam plastik, then ikat kat tepi tiang katil sebab takut jatuh berderai ke lantai masa tido. Ok ini memang kelakar bila ingat balik, tapi idea yang bernas!
  • #SejakMasukAsrama saya selalu tido lambat, semata-mata lepak dengan kawan dibawah cahaya bulan puih.
  • #SejakMasukAsrama Saya pergi tangkap katak memalam buta time kls prep untuk experiment disect katak pada hari esoknya.Katak diletak dalam botol.
  • #SejakMasukAsrama Saya jadi noob.Tak tahu apa pun perkembangan dunia luar. Saya cuma panjat bangunan kelas semata-mata nak cas handset. Hebat!
  • #SejakMasukAsrama Saya selalu tak boleh tengok AJL, ABPBH, AIM ke apa. Sebab benda tu selalu dia buat hari Ahad malam. Jangan harap boleh tengok.
  • #SejakMasukAsrama Barulah saya kerap pergi jemaah. Tu pun kadang-kadang lol. Saya pernah kena rotan sebab tak turun ke surau masa jemaah. My bad. Tapi even tak turun surau, saya tetap menunaikan perintah Allah tu!
  • #SejakMasukAsrama Saya pernah didenda duduk ramai-ramai keliling pokok dihalaman depan kelas kerana bising dalam kelas prep. Kecoh! Waktu tu feeling-feeling macam bertapa dekat bukit Santubong. Memalukan bila junior tengok. Alah, kira apa!
  • #SejakMasukAsrama Saya hargai sebuah persahabatan itu. Kami 'fly' keluar panjat pagar bersama. Tak kira siang malam. Alhamdulillah,hidup lagi sekarang.
  • #SejakMasukAsrama Saya cuma rasa yang mak ayah saya sayang saya bila mereka datang melawat saya dengan membawa biskut Lexus dan Oatkrunch. Haha ok ni tipu. Tapi kalau time weekend, parents saya melawat waktu tu feeling dia, pergh berbunga sonata musim salju baq hang.
  • #SejakMasukAsrama Saya rasa banyak benda bodoh saya buat. Diantaranya, tak studi. Sampai PMR Bm dapat B. Bi dgn Arab boleh pulak A. Kena gelak dengan orang lain tsk tsk.
  • #SejakMasukAsrama Makan milo fuze yang digosok menggunakan seterika. Bila dah keras. ok. Makan lah. Apa lagi. Rasa macam chipsmore handmade.
  • #SejakMasukAsrama Makan megi cebok. Pernah rasa? Awesome makan ramai-ramai. Masa tu otak belaka bingai. Tak pikir apa-apa lahap je.
  • #SejakMasukAsrama Sekolah Harian, saya tak rasa ianya sama macam masuk ke SBP. Yela,mostly budak sana baik-baik. Kalau asrama biasa, hagham.
  • #SejakMasukAsrama Pergi toilet sorang2. Pastu ada rumour kata "Kau tak takut ke jumpa hantu muka sama macam kau bila keluar dari jamban tu?"
  • #SejakMasukAsrama Makan ikan yang disediakan kat dewan makan. Gila! Ikan dia macam ikan duyung. Takut ai nak makan. Rela tak makan seharian
  • #SejakMasukAsrama ada yang kena histeria. Gara-gara sokong Malaysia lawan Indonesia malam tu menjerit macam orang gila. Hambek nak.
  • #SejakMasukAsrama Mula-mula rasa lah homesick. Menangis dalam selimut tiap-tiap malam. Lepas tu, lama-lama apa lagi. Oppa Gangnam Style!
  • #SejakMasukAsrama Belajar gosok baju sendiri. Ada dua tiga tudung dah hangus dijilat seterika.
  • #SejakMasukAsrama Orang cakap kat asrama selalu berhantu. Mula-mula takut lah. Alhamdulillah, takde pape. Kita ada Allah kan bersama kita.
  • #SejakMasukAsrama Baju pun kena curi. Pengepit baju pun kena curi. Hanger pun kena curi. Duit pun kena curi. Masa form1 la. Budak2 lagi kan.
  • #SejakMasukAsrama Kalau budak laki, main kejar-kejar hantu pocong time memalam. Gila kan diorang.
  • #SejakMasukAsrama Budak laki main passing rokok. Budak perempuan main passing handphone. Warden main passing rotan. Eh, kuangjaqnya.
  • #SejakMasukAsrama Cikgu selalu pandang rendah pada bdk asrama. Cakap bdk asrama bodoh la apa lah. Bila keluar result, berjenuh straight a lah sangat hahahahaha.
  • #SejakMasukAsrama Saya belajar naik bas. Waktu mula-mula, memanglah awkward. Alah lama, tegal biasa.
  • SejakMasukAsrama Kami dilatih supaya menggunakan handphone torchlight sahaja. Bila kena rampas, tak rasa sebal sangat.
  • #SejakMasukAsrama Makan mi hoon goreng rasa macam dawai, makan nasi goreng rasa macam batu. Lagi? Makan roti macam makan span.
  • #SejakMasukAsrama Kalau lapar tu, lahap apa sahaja yang ada dekat dewan makan. Tak kesah makanan tu tak sedap pun. Yg penting, perut terisi. Aku yang paling kuat makan. Depa tahu dah.
  • #SejakMasukAsrama Aku memang anti dengan pengawas asrama. Perangai macam ergh. Adalah. Suka pura-pura baik. Berlagak. Gemok. Buat orang sakit hati.
  • #SejakMasukAsrama Kami pecah masuk dewan makan time malam.Ambik buah epal satu baju ambik pisang sesikat pastu ambik tembikai sebiji. Lets partay! Eh, yang ni jangan bagitau orang eh? Kita-kita je tahu. Alah, lagipun kami bayar yuran pa!
  • #SejakMasukAsrama Pasang lagu guna speaker yang diseludup. Malam-malam bukak lagu kuat-kuat masa stay up. Sambil lahap buah-buahan.
  • #SejakMasukAsrama Selalu subuh gajah. Tak dinafikan. Walaupun telah dirotan kat betis sampai berdarah. Kejamnya kau warden.
  • #SejakMasukAsrama bila dah keluar asrama, aku mula rasa nak berubah. Tak baik buat macam dulu. So, sekarang dah baik wkwkwkwkwk ;)
  • #SejakMasukAsrama banyak pengajaran yang dapat. Berubah sebelum terlambat hihiks (gelak pondan)

Dan terakhir sekali, saya nak cakap yang saya rindu dekat kawan-kawan saya. Ye, kawan kat sekolah tak sama macam kawan-kawan yang lain. Mereka tetap dengan awesome mereka. Susah nak dicari ganti tsk tsk. 

Kepada; 
Era (Shahira), Zeera (Fazira), Kaykay (Khaleelah), Siti. 
Dan yang lain-lain ; Pah, Yati, Put, Nor, Una. 
Budak-budak kelas Nilam 1; Adah, Harieyda, Biha, Zatie, Dila, Farah. 
Ramailah lagi. Seriously, aku rindu kau orang. Kalau boleh jumpa semula, Ya Allah mesti best :'(

Daripada; Aku weh. 

The End.

2 comments:

Iron Lady said...

Baca cerita akak ni buat saya tak sabar sabar nak masuk asrama. hehe. BTW, entri ni best. (:

lady boss said...

urghh...
Kpda yg x dduk asrma tu,jngan dduk asrma sbb smua kwan kiter busybody!!!tu yg sy x sukeww,...smue hal rmeh pon dy nk cmpur adukkan!!klau bleh pmbca blog trsbut doakan sy dpat kluar asrma earkk...good job for your blogger,interesting!!