Trip Kuala Tahan - Gunung Tahan - Merapoh



Tahan Committee yang lain :) 4-11 Feb 2016
Assalamualaikum and hi. 

Dah lama gila tak blogging. Last posting pun rasanya dua tahun lepas. Bukan tak rindu nak blogging, tapi bila tengok kondisi blog ni macam dah malas nak start blogging semula. Icon semua dah hilang. And yes, tujuan aku buat posting ni untuk cerita pengalaman pergi Gunung Tahan. Takde orang nak baca pun takpe just nak catat jugak kenangan manis pahit aku kat dalam blog ni. Orang cakap kerja gila masa sebelum pergi trip ni. Sebab time tu baru habis kem tahunan 7 hari kat dalam UTM, 12 hari kat dalam hutan. Memang gila pun. Badan tak sempat nak rehat, otak tak sempat berfikir pun luls. 


Memang penat. Sangat-sangat. Aku one of the Tahan Committee iaitu AJK untuk trip ni. Incharge bahagian logistik merangkap bahagian makanan jugak. Jumlah peserta 40 orang. Gila sekali lagi. Nak kena prepare ration untuk 40 orang selama 7 hari. Yasss dah macam buat catering kat ataih gunung hahaha. Nak budget makanan. Nak fikir menu. Since yang lain takde pengalaman hiking, so terpaksa la bertungkus-lumus plan apa yang patut. Sampai ke satu tahap aku mental masa sendiri sebab ada peserta buat kepala sendiri kahkahkah.

Barisan guider. Hat kiri sekali tu la encik rasydan.
Trip ni disertai oleh 34 skuad Palapes aku dan 6 orang pegawai/jurulatih. Since pegawai kami request nak kena ada menu untuk 'supper' maka kena tambah menu lagi. Siang 4hb tu still lagi dalam fasa kem tahunan. Start bertolak ke kuala tahan 04 2200H Feb 2016 dengan menaiki 2 buah bas UTM. Berhenti solat subuh dekat Kampung Temin, Jerantut. Fuhh, time ni dah rasa aura Gunung Tahan makin kuat hiuhiu. Gerak ke Kuala Tahan. Disambut oleh encik Rasydan daripada Danz Travel. Masa tu dia perkenalkan abam-abam guider. Sepatutnya cuma ada 4 guider tapi tambah lagi 2 guider 'tumpangan' so total semua 6 orang (Bukoi (paling otai haha), Engku (kurus kering), Emi (abang sado katanya), Anam (paling diam selalu jadi sweeper), Yoi (tumpangan lol), dan Kimi (tumpangan jugak). Sebelum river crossing, breakfast bihun goreng yang dah digoreng sebelum bertolak semalam. Packing lunch pack - roti dengan scrambled egg dan kaya. Kat Sungai Tembeling, naik bot seberang sungai untuk ke starting point. Declare barang and bayar permit kamera.
Crossing Sg. Tembeling :)
Macam biasa lah. Barang yang di-declare ada beberapa kategori yang aku ingat botol, plastik, stokin, pakaian and tin gas. Semua ni dalam kategori yang lain-lain tau. Dah siap declare, ada taklimat daripada Bukoi the most otai guider. Kat tempat declare barang pun pacat dah start menyerang :P

Kat starting point, lepas declare barang.
Lepas pada taklimat, baca doa. Dengan lafaz bismillah lebih kurang 1120 mulalah perjalanan. Mula-mula trek nais. Tak mental. Jalan kayu oi nak cakap jambatan pun takdelah jambatan sangat. 

Jalan yang tak mental tu. Dalam gambar: Hasz, Faiz
Lama sikit lepas tu dah habis 'jambatan' ni, jalan dah start naik turun bukit. Tak mental lagi :P Engku sebagai starter la kot. Laju gila. Takde dah tunggu orang belakang yang pewai. 

Day 1: Sampai kat kem Melantai dalam 1645 camtulah. Sampai je terus setup khemah. Buka stove nak masa. Lapar oii. Menu malam tu nasi dengan daging masak kunyit campur sayur-sayur. Kem ni antara yang banyak pacat jugak. Lepas maghrib semua makan. Tak lama lepas tu hujan turun. Kita basah bersama~ Lol. 2200 dah ramai yang tumbang dalam khemah. Masa supper pun tak ramai yang bangun. Menu supper malam tu ubi keladi rebus cecah kaya. Walaupun aku tak makan ubi keladi, tetiba pergi Tahan ni makan keladi. Dalam hutan ni la nak belajar makan benda yang kita tak makan sebelum ni hihik.

Day 2: Pukul 5 lagi dah bangun untuk masak breakfast and lunchpack. Sebab guider cakap nak gerak awal. Menu untuk breakfast pagi tu nasi goreng. Lunchpack pulak nasi dengan sardin. Dah kebiasaan pergi trip, aku akan mandi lepas subuh. Lepas je masak, terus terjun sungai. 0800 start bergerak untuk ke kem seterusnya. Tengahari berhenti rehat dekat kem Tengah. Kem Tengah ni kedudukan dia atas bukit. Waterpoint pun jauh kena turun ke bawah. Tapi not bad berbaloi sebab air dia sejuk. Kat situ ada mata air, yang mana diletakkan buluh sebagai saluran untuk tadah air. Lepas makan and solat zohor, perjalanan diteruskan. Sampailah ke Gunung Rajah. Ni bukan Rajah Bentong eh. Ni Rajah Taman Negara. Rupanya ada dua Rajah. Kat Rajah takde view, kabus je since hari pun mendung nak hujan. Ada guruh sikit. So, kami tak stop pun kat Gunung Rajah tu. Perjalanan diteruskan sampailah ke Kem Putih lebih kurang 1715. Kem kami untuk hari ni. Kem ni pertembungan antara dua sungai iaitu Sungai Putih dan Sungai Tahan. Untuk ke kem Putih, kami kena redah sungai Putih. Bermalam disitu. Kemudian esok perlu redah pulak sungai Tahan yang jauh lagi dalam daripada sungai Putih. Semalam, guider dah alertkan kami pasal sungai ni. Memandangkan hari hujan daripada hari pertama, kemungkinan besar air sungai Tahan naik dan kami tak boleh cross ke seberang untuk ke puncak. Dari pemerhatian kami, air makin naik sejak kami sampai kat Kem Putih ni. Takpe, positif je dulu. Start pasang khemah dan masak. Menu malam tu aku dah tak ingat. Sejak malam tu, stove la tempat kami lepak sebab campfire tak boleh buat. Kalau nak buat pun kena buat kecik-kecik je. Malam masih lagi hujan. 

Day 3: 0700 guider/gogo kami assume yang kami tak boleh cross sungai Tahan untuk hari ni. Kemungkinan besar kami kena patah balik ke kuala tahan (withdraw) atau extend beberapa hari lagi duduk kat kem Putih tunggu air surut. Untuk extend hari, mestilah kena 'extend' bayaran guider huhu. Ration kami bawak cukup-cukup jadi mustahil untuk extend. Sama ada kami catu ration, dan extend, ataupun pesta ration, dah withdraw semula ke kuala tahan. Silap aku, tak prepare ration lebih untuk sebarang kes macam ni. Menu breakfast pagi tu, spaghetti bolognese yang tak berapa bolognese. Standard dalam hutan la kan. Kami diberitahu akan ada sekumpulan lagi hikers yang akan sampai ke kem putih hari ni. Dengan campsite yang sempit, khemah terpaksa disusun semula supaya semua dapat tidur di kem ni malam ini :) Selain kami, ada dua group lagi yang memang dah menginap di kem putih sejak semalam; group reunion sekolah ada Pak Syed sekali (10lelaki), and group Germans (2lelaki) tak campur guider. Ditambah lagi dengan group yang akan datang ke kem Putih hari ni dengan strength 30 orang, total hampir 100 orang yang akan menginap kat Kem Putih malam ni mencipta rekod baru la bak kata Pak Syed (otai group HACAM). Rupanya group MK Rahman yang baru sampai tu, kalau sapa yang join group HACAM dia kenal la MK Rahman (super otai group tu). Kami terpaksa bermalam semalaman lagi kat kem Putih. Lepas discuss, Tahan committee decide kalau esok air surut, kami akan cross seperti yang sepatutnya. Tapi kalau air masih tinggi, kami terpaksa withdraw :'(. Selamat malam Putih. Semoga esok baik-baik saja.

Group Pak Syed kat Sungai Putih
Day 4: Seperti yang guider cakap, kalau nampak seketul batu besar kat seberang sungai Tahan tu, bermaksud kami boleh cross sungai ni. Kami bangun seawal 0200. Harapan aku satu je, supaya kami dapat cross sungai dengan selamat hari ni. Sebolehnya kami tak nak withdraw. Prepare breakfast. Menu pagi ni, kek batik by Fiza hehehehehe. Alhamdulillah semua cakap sedap. "Anna Olson pun mesti belajar buat kek daripada kau"-Tuan Madi, 2016. Hahahaha ok yang ni memang nak gelak. Kami terus prepare lunchpack - nasi goreng ikan masin. Sebelum subuh, aku pergi tebing sungai dengan harapan nak suluh batu kat seberang tu tapi headlamp pulak cikai tak sampai ke seberang (spoil). 0700, batu dah nampak sikit. Ya Allah, time tu berbunga kot hati. Semangat berkobar-kobar. Gogo cakap kalau air surut sikit lagi, kita kena cross secepat yang mungkin sebelum air naik semula. Kami packing barang kemas khemah cepat-cepat (moral tengah up kan). Alhamdulillah dengan izin Allah 0815 air surut sampai ke tahap yang kami boleh cross. Sangat thrill. Arus deras air separas dada. Sampai ada yang hampir hanyut, mujur gogo tu power tangkap dia cepat-cepat :( Total 7 sungai kami kena redah hari ni tak campur sungai yang kecik-kecik. Kami sampai kat kem Teku lebih kurang 1815. Kem Teku ni famous dengan lebah, mujur lah time hujan lebah tak keluar sangat. "Kalau Allah izinkan kita ke puncak, maka sampailah kita kat puncak. Ni dah kali kedua aku tersekat kat Kem Putih tak lepas ke puncak."- Tuan Madi.

Tahan River crossing


Day 5: Kami breakfast beehoon goreng. Mulakan perjalanan awal sebab kami dah delay masa satu hari dekat kem Putih. Kami nak trip ni tetap habis mengikut tarikh yang dirancang. Sepatutnya bermalam di Kem Pangkin, tapi kami terpaksa shoot terus ke Gedung. Berkemungkinan kami akan night walk malam ni. Trail dah start pacak. Sampai ke Kem Pangkin/Gunung Pangkin, kami lunch. Bergerak ke Gunung Tangga 15 (kat sini banyak tangga besi mungkin 15 kot). Sini cantik sebab ada hutan Bonsai. Lepas tu ke Gunung Reskit. Rehat sekejap bagi menghormati waktu Maghrib. Masak Maggi untuk tambah tenaga since ramai yang dah tak larat time tu. Lepas maghrib mulakan perjalanan. Lalu kat tebing-tebing gunung penuh dengan gaung. Kena berhati-hati dan alert dengan jalan memandangkan kami night walk. Sampai ke satu part sebelum Gedung, kena panjat batu yang lebih kurang 90 degree, guna tali semata-mata!!! Dengan haversack yang berat atas belakang. Kiri kanan gaung. Alhamdulillah sampai jugak ke Gedung dan disambut dengan teh panas daripada gogo group lain (Ustad). Malam yang sangat sejuk, paling sejuk dekat sini kot. Gogo risau ada yang hypothermia sebab ramai yang dah jam kat sini. Alhamdulillah semua selamat. 


Day 6: Bangun awal pagi nak tengok sunrise. Tapi sunrise takde. Alhamdulillah walaupun takde sunrise, tapi kami dihadiahkan view yang super cantik kat puncak Gunung Gedung ni. Subhanallah, tak tergambar dengan kata-kata. Tak boleh describe dengan sekeping gambar. Kena rasa yang real punya. Breakfast lempeng. Gerak untuk ke puncak 0800. Terpaksa tempuh hutan lord of the rings yang banyak selut dan duri. Kemudian, hutan bonsai, dan alhamdulillah finally "We've made it". 

Puncak Gunung Tahan: Ekspedisi Pacak Bumi
Sampai lebih kurang 1145 di puncak. Menu kemenangan kami - cocktail woii! Takde view sebab hujan. Tapi takpe, dah sampai ke puncak pun kami dah bersyukur sangat-sangat. Lepas photoshoot semua, 1600 kami bergerak turun ke Kem Botak. 1730 kami sampai ke kem Botak. Pemandangan dia pun subhanallah cantik sangat-sangat. Macam dalam scene lagu Gerua (eh over pulak). Menu malam - mee vits; sup. Waterpoint, cuma ada telaga air bertakung yang mengalir slow. Untuk mandi, sangat sejuk. Untuk minum, oklah :)

Kem Botak.
Day 7: Kami kena shoot ke Kuala Juram secepat mungkin memandangkan ada di antara kami yang perlu ke klia untuk menaiki flight ke jepun esok. Jadi perjalanan kami awal. 0715 kami dah start 'angkat sauh'. Kami melalui kem Bonsai, kem Belumut, dan berhenti lunch di kem Kubang. Waterpoint pun jauh. 1300 kami start trekking semula. Target kami untuk sampai ke Kuala Juram sebelum Maghrib. Memandangkan ada yang injured, perjalanan makin perlahan. Seterusnya kami melalui kem Permatang dan Kem Kor. Berhenti solat asar. 1645 mulakan trekking. Selepas kem Kor, kami mula berlari atas trek untuk kejar masa. Gila! Memang kerja gila haha. Kami perlu cross lebih kurang 4 sungai lagi sebelum sampai ke Kuala Juram. Selepas kem Kor, kami melalui kem Lata Luis, kem Kuala Luis dan sambung berlari. Group kami terpecah semasa trekking. Group pertama yang sampai di Kuala Juram pada jam 1830 group kedua sampai pada jam 1845 dan group kami tiba di Kuala Juram pada jam 2040. Kat Kuala Juram, berlaku salah faham sikit pasal powil, tapi alhamdulillah berjaya diselesaikan. 

Day 8: 0300 Habis declare barang kat Sungai Relau. Bas UTM dah tunggu kami untuk pulang. Planning terpaksa diubah. Perjalanan ke UTMJB perlu kami lencongkan ke KLIA 2 untuk menghantar beberapa peserta yang akan berlepas ke Jepun memandangkan mereka sudah terlambat untuk kesana. Kami sampai di KLIA 2 pada jam 1200. Barulah kami bergerak balik ke UTMJB dan sampai pada 12 1745 FEB 2016. Alhamdulillah untuk pengalaman yang tak terhingga pahit manisnya hehe.

P/s: kualiti gambar kamera masuk air 
*Kos kerugian trip ni RM250/pax. Kira murah la tu :P
Sebiji phone telah terkorban masa river crossing. 
Seplastik telur hanyut dibawa air. 
Pakej kulat air di kaki dan tangan.

Bersama Diah (gadis sado, mantan pengerusi JKM 2015)

Alhamdulillah. Terima kasih Tahan, terima kasih guider yang banyak support, terima kasih Tuan Madi, terima kasih Tahan Committee,  terima kasih semuaaaaaa yang join.

0 comments: