Nak berubah, tapi




Assalamualaikum dearest fellow. Sorry, long time no see you aha. Actually, masuk semester dua. Kerja pun dua kali ganda la nampaknya. UPS merangkap ujian pertengahan semester program matrikulasi akan berlangsung lagi dua hari. Dan, saya sangatlah tak bersedia. Saya tengah stay up, konon-konon boleh fokus la sambil taip dekat blog ni. Hari ni saya rasa terpanggil nak taip post ni. Pasal tajuk yang dekat atas tu haaaa. Walaupun, kengkadang saya tak rasa ada orang baca, tapi saya nak bebel jugak. Typical me, memang kuat membebel tehe. Unit Science Comp kat sini buat pertandingan blog sebenanrnya. Dan, saya teringin nak masuk. Tapi. Tapi. Hmmmm, lupakan je niat tu. Kalau difikirkan semula, nanti mesti lelecturer kat sini baca post kat dalam blog ni. Malu ah. 

Mulakan dengan isi entri. Manusia, takda yang sempurna. Hanya Allah yang sempurna. Kita semua pun tahu. Tapi tak semestinya bila kita tak sempurna, kita terus jadi yang tak sempurna. Kata ustazah "jadilah seperti sesumpah walaupun hanya berubah sekejap-sekejap daripada jadi seperti cicak yang tak pernah nak berubah" Ooooo ini hanya perumpamaan. Dont take it serious hokeh. 

Tu lah, bila nak berubah mesti ada "Saya nak berubah, Tapi" mesti ada tapi tu. Tak dapat disangkal lagi. Sebab sebelum berubah tu, kita-kita dah terfikir apa impak selepas kita berubah dan kesemua yang kita fikir tu adalah negatif punya impak contohnya macam takut orang pandang serong, takut orang mengata. Eh, biarlah mulut orang. Yang penting, kita cuba. Ada orang malu nak jadi baik. Sebab rasa kolot mungkin. Pakai baju besar gedabak, nampak macam selimut terbang katanya. Tu lebih baik daripada nampak macam sarung nangka terbang tak gitu. 

Lepas tu, ada yang takut nak berubah sebab risau nanti takda orang minat. Yela, kolot. Mana ada orang pandang. Jangan risau, Allah dah tentukan jodoh kita. Cuma ia datang cepat atau lambat, kat mana-mana bila-bila pun boleh. Berubah, memang susah. Cuba kalau kita buat slow-slow, step by step Insha Allah ia akan jadi lagi mudah.


"Sesungguhnya Allah SWT membuka tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari. Hal ini berlaku sehinggalah matahari terbit disebelah barat"(Riwayat Muslim) 

Kadang-kadang pernah terfikir, kalau masih dengan diri yang sekarang tiba-tiba Allah tarik nyawa kita, tak sempat untuk bertaubat. Macam mana lah agaknya dengan kehidupan kita kat alam sana nanti. Allahu. Apa kata lepas ni kita tukar daripada "Aku nak berubah" kepada "Aku perlu berubah" Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya selagi kita masih hidup, selagi nyawa kita belum sampai ke halkum. Sekian :)

Maaf, setakat ni je yang mampu saya tulis untuk dikongsikan. Saya terpaksa sambung study untuk exam nanti! Doakan saya assalamualaikum.

1 comments:

sUke-sUki :D said...

Nice entry and gud luck for ur test/final.. Nme kite nak lbih kurg sme..hehe :D