Rindu blogger dulu-dulu



//Assamualaikum fellow! 

Whatcha you doing? Oh mesti goyang kaki kat rumah kan?! Maklumlah sekarang cuti sekolah. Oh, jealousnya. Saya masih disini dan perlu menghadiri kelas dan kuliah. Ah, nevermind. Ingat, datang sini niat untuk belajar. Another 2 weeks, result final exam saya keluar. Korang, doakan saya eh! By the way, tajuk entry kali ini dah baca? Haaaa, nak cakap. Sebenarnya, saya rindu pada zaman berblogging dulu. Ramai yang join blog. Tapi sekarang hampeh. Semua orang dah berlari pergi ke Twiddor! Oleh kerana rasa bosan dengan blog dan saya rasa takda lagi dah yang baca blog usang ni, saya ada rasa nak tutup blog ni. Tapi biar jela, as long as saya masih mampu menaip, saya akan menaip. Saya mula  berblogging pun masa awal tahun 2010. Ni pun adalah blog kedua saya memandangkan blog pertama dulu telah mengalami kecelakaan jalan raya *eh celaka ke?* masa diedit oleh saya. Jadi untuk menyenangkan kerja, saya pun buat blog kedua maka terlahirlah letsmetalktoyou ni. Eh, sudah jangan nak mengkerepek *pronunciation untuk merepek lol*. 


Berbalik semula pada tajuk kita pada hari ini, nak cakap pasal blogger dulu-dulu. Ye, diantaranya adalah Syamira Firdaus. Seriously, blog dia dulu adalah antara blog yang ohsem. Dulu penggunaan blogskin macam sekarang tak berapa meluas. Biasa pakai denim je. Blog Syamira ni banyak tutorial blog. Next, saya suka gila tengok blog Hanna Fauzan. Tapi dia dah privatekan blog dia. And sejak dia diektip blog, dia dah hilangkan diri kot sebab tak pernah dah terjumpa Twiddor dia ke, Facebook dia ke. Lagi satu blog tutorial yang ohsem adalah blog Biha. Cantik blog dia ni. Ah, semua blog saya cakap cantik. Tapi memang kenyataannya itulah. Blog lagi satu The Lelaki. Entry dia best, meragut jiwa.


Lepas tu, blogger seterusnya Wanyy. Dia punya blog nama KasyaOne Story. Saya suka tengok blog dia, sebab warna pink walaupun saya tak suka warna pink dan saya punya blog juga berwarna pink. Eh? Hahaha maaf ayat mengkerepek lagi. Saya selalu tengok Wanyy ni post pasal dia dengan boypreng dia dalam blog. Depa dah lama couple. Sejak saya budak hingusan dan mula berkecimpung dalam dunia blog *sreetttttt lap hingus*. Last sekali, blog cikepal. Haaaaa, yang ni saya selalu jugak bukak. Tapi blog cikepal ni bagus. Sebabnya sampai sekarang dia ektip dan selalu update entry. Blog-blog ni la yang saya selalu ngintai *stalk* pada satu masa dahulu. Tapi sekarang mereka ni dah kurang ektip :( Tapi takpe, saya tetap intai cuma kalau boleh kembalikan zaman blogging itu! 


Oh ya, semalam perlawanan antara harimau malaya dengan Laos. Dengar cerita menang. Tahniah lah. Ok, ni serangkap lagu yang selalu didendangkan kat radio untuk harimau malaya lol.


selamanya, selamanya,selamanya,



harimau malaya!

selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!

hey le le le le le le la

oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

harimau malaya

harimau malaya

 Shut down ;)


2 comments:

Kak H said...

Twiddor is? O.o

syamirafirdaus said...

thanks dear !! <3 i miss masa dulu2 jugak dimana semua blogger friendly ~ sekarang ni , semua nak popularity .pffttt ~