Assalamualaikum.
Oh please jangan anggap tajuk aku tu offensive gila. Ni cuma untuk menyatakan pendapat aku tentang PALAPES semenjak aku join benda alah ni tiga tahun dalam degree life aku. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Well, these are mine.
Palapes sangat mengganggu life kau sebagai student. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku dah lalui benda ni. Aku tak salahkan Palapes hundred percent, part of the problems memang salah aku sendiri. Cuma ada sangkut paut dengan Palapes. Sebab aku jadi tak boleh manage masa aku. Banyak masa dihabiskan untuk Palapes. "Palapes kan untuk hujung minggu je?" Nah, tu tipu semata-mata. Penglibatan kau dalam Palapes ni tak kira masa. Weekend ke weekdays ke dia main hentam je kalau ada apa-apa.
Join Palapes susah nak skor. Ni apa yang aku dah observe. Untuk pengetahuan korang, aku dah habis sesi latihan Palapes aku. So, aku boleh bezakan macam mana pengurusan aku masa join dan masa tak join Palapes. Most of budak Palapes memang tak skor dalam pelajaran. Kalau dia skor sekali pun, dia memang pandai gila atau sebab dia memang kurang aktif dalam Palapes (cheating). Contohnya, kalau budak Palapes lain sibuk kena volunteer untuk uruskan aktiviti Palapes, dia tak join which is bagi aku sangat tak adil pada yang lain. Or tak pun selalu ponteng latihan. Wei, semua orang ada matlamat yang sama dengan kau! Palapes dan pelajaran. Both nak kena cemerlang. At the end of the day, sama-sama ditauliahkan juga. So kena lah adil. Kalau rasa memang nak beratkan sebelah, quit sebelum terlambat. Aku ada observe kawan-kawan Palapes aku yang lain so benda yang sama juga aku dapat. Kat sini aku boleh konklusikan yang skor untuk pelajaran ni boleh relate la dengan join Palapes.
Renggang dengan classmates. Aku tak tahu la tapi mostly bagi pendapat yang sama. Mungkin tak semua yang macam ni. Sebab masa kau banyak dihabiskan dengan kawan-kawan Palapes dibandingkan dengan classmates. Tak syok juga bila dah renggang.
Emosi terganggu. Pada aku, bila dah training penat-penat masa weekend. Mana tak nya, pukul 5 pagi dah bangun kena berbaris, balik pulak dah malam. Senang cakap, keluar gelap, balik pun hari dah gelap. Selalunya akan effect sampai ke hari kelas. Badan rasa penat, mood nak belajar pun takde. Selalu mengantuk (yelah sebab badan dah letih). Jujurnya, kadang-kadang sampai tak pergi kelas pun sebab mengantuk dan penat. Kenapa apa aku tak tarik diri je? Sebab banyak kekangan. Contohnya nak kena repeat kokurikulum dari awal, nak kena apply kolej lain sebab kena keluar dari kolej Palapes.
That's all. Aku rasa ada lagi dark side dia hahaha cuma yang paling aku nak highlight kat benda-benda atas ni la. For those yang rasa post ni macam tak boleh relate dengan korang, abaikan. Aku cuma bagi pendapat aku. Kemungkinan, benda-benda yang aku sebutkan ni tak boleh apply kat korang sebab pentadbiran Palapes setiap universiti lain-lain. Ada yang sibuk gila, ada yang cool and steady. Setiap benda kan ada baik ada buruknya. Nanti kalau aku rajin aku tulis la pasal kebaikan Palapes ni pulak.
Cuma satu pesan aku. Kalau kau memang berminat nak join askar ke apa, kau teruskan dalam Palapes. Sebab banyak juga kelebihan kat Palapes ni. Tapi make sure balance-kan antara pelajaran dengan Palapes. Jangan taksub kat sebelah je huhu.